Oktober 2024 – Dua pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) berjaya membawa pingat dalam pertandingan AICAD Invention, Innovation & Design (AICAD IID 2024) yang diadakan baru-baru ini. Nur Alyaa Najwa Binti Abd Karim berjaya meraih pingat perak, manakala Suhailah Binti Akhyar membawa pulang pingat gangsa dalam kategori Reka Bentuk Grafik.

Kedua-dua pelajar ini mengambil bahagian dalam kategori bertemakan “Artificial Intelligence: Navigating The Future of Innovation,” yang menampilkan karya-karya kreatif berkaitan inovasi dan kecerdasan buatan. Pertandingan ini dianjurkan oleh UiTM Sri Iskandar, Perak, dengan kerjasama Hebei Academy of Fine Arts, China, dan disertai oleh universiti-universiti tempatan dan antarabangsa.

Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama USAS tetapi juga menonjolkan bakat dan daya kreativiti pelajar dalam bidang multimedia kreatif. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang membanggakan ini.