November 2024 – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menganjurkan Karnival Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM). Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dalam bidang pengurusan dan teknologi.

Objektif utama karnival ini adalah untuk menghargai pencapaian pelajar, meningkatkan motivasi akademik, serta memperkuat hubungan antara fakulti, pelajar, dan staf akademik. Program ini juga menyediakan platform untuk memupuk semangat persaingan sihat dan membina jaringan antara pelajar, alumni, dan industri.

Atur cara karnival termasuk sesi forum, pameran interaktif, aktiviti rekacipta, serta permainan online yang menarik. Beberapa sesi menarik seperti “Sembang Santai Teknologi Maklumat” dan Career Talk mengenai peluang usahawan untuk mahasiswa turut diadakan. Aktiviti lain termasuk demonstrasi hacking, pembenihan ikan, dan permainan interaktif seperti role-playing game.

Majlis perasmian penutup karnival telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel bin Mydin Meera, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan USAS. Pihak penganjur berharap acara ini dapat memberi impak positif kepada para pelajar dan meningkatkan kesedaran tentang potensi kerjaya dalam bidang pengurusan dan teknologi maklumat.