Disember 2024 – Seramai 4 orang pensyarah dan 6 orang pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Industri Pertanian, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat telah menghadiri I-NATION Global Summit 2024. Program ini bertujuan untuk mempromosikan kolaborasi, inovasi, dan peningkatan dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) serta sekuriti makanan. Peserta berpeluang berinteraksi dan menjalin hubungan dengan pemimpin industri, penceramah, dan peserta lain bagi membincangkan peluang kerjasama dan pertukaran idea. Program juga turut disertai oleh beberapa pameran teknologi yang menampilkan produk dan inovasi terkini dalam bidang kecerdasan buatan oleh beberapa syarikat dan penyelidik. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memberikan pemahaman yang mendalam mengenai masa depan generasi kecerdasan buatan serta memperkukuhkan kerjasama dalam bidang sekuriti makanan. Penyertaan dan interaksi dengan pelbagai pihak adalah sangat positif, dan banyak maklumat berguna telah disampaikan kepada pensyarah dan pelajar USAS.