Februari 2025 – Satu kunjungan mesra diantara Prof Madya Dr. Shamsul Jamili bin Yeob, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Jaringan Industri dan En. Muhamad Fahmi bin Md Noor, Pengerusi Pertubuhan Komuniti Muslim Ulu Bekor telah diatur di Balai Ilmu, Kampung Orang Asli Ulu Bekor, Manong, Perak.

Kunjungan yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk membincangkan bentuk kerjasama yang boleh diberikan oleh mahasiswa USAS kepada komuniti OA yang menetap disana.

Pertemuan ini juga telah memutuskan untuk menjadikan kampung ini sebagai kampung angkat Universiti Sultan Azlan Shah seterusnya menjalankan program secara berkala dengan bantuan kelab dan persatuan yang terdapat di USAS.

Pihak USAS mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan dan layanan yang diberikan sepanjang sesi berlangsung. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.