Februari 2025 – Tahniah diucapkan kepada Encik Nazrul Azlan bin Abdul Samat, Pensyarah Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM) kerana telah berjaya menerbitkan manuskrip bertajuk “Boundary layer flow of hybrid nanofluid-based carbon nanotubes and heat transfer over a moving wedge with the magnetohydrodynamic effect”, di Jurnal Magnetohydrodynamics. Jurnal Magnetohydrodynamics yang merupakan jurnal terindeks Web of Science (Wos) dan Scopus telah diterbitkan oleh Institute of Physics, University of Latvia (ISSN 1574-0579). Model yang diterbitkan dalam jurnal ini merupakan salah satu model kajian di bawah Dana Khas Penyelidikan USAS (DKPU) bagi tahun 2024 hingga 2025.