
Februari 2025 – Sesi Penyerahan Perjanjian di antara Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bersama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) bagi pelaksanaan program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) tahun 2025 telah diadakan pada 10 Februari 2025 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).
Program Mahasiswa Perak Sejahtera (MPS) 2025 merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Perak bagi membantu meringankan beban pelajar golongan B40 yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Program ini bertujuan untuk memberikan sokongan dalam bentuk bantuan makanan kepada 200 orang pelajar B40 yang memerlukan sokongan bantuan dalam tempoh pengajian di Universiti.