Februari 2025 – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah mengadakan Perutusan Tahun Baru 2025 pada 8 Januari di Auditorium USAS dengan penuh meriah dan semangat. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan kehadiran staf serta barisan pengurusan eksekutif, diikuti nyanyian lagu kebangsaan, bacaan ikrar Rukun Negara, dan doa. Kemuncak acara adalah amanat tahun baru yang disampaikan oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, yang memberi inspirasi dan hala tuju baharu kepada seluruh warga USAS. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebelum bersurai.