MAC 2024 – Pasukan Futsal Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menunjukkan semangat yang tinggi dalam Pusingan Kelayakan Liga Futsal IPT, yang berlangsung pada 28 Februari hingga 3 Mac 2024 di Arena UNITEN, Kampus Putrajaya.

Pada kelayakan kali ini USAS hampir-hampir melayakkan diri ke pusingan Premier apabila tewas pada jaringan di saat akhir lewat permainan pada aksi suku akhir.

Kekalahan ini bukan pengakhiran, tetapi sebuah pengalaman dan langkah untuk persiapan yang lebih kuat demi mencapai kejayaan di masa hadapan.