MAC 2024 BAHAGIAN Hal Ehwal Pelajar (BHEP) USAS telah menganjurkan Majlis Anugerah BHEP 2024 dengan penyampaian sijil dan anugerah kepada pelajar di atas kecemerlangan bagi tahun 2023/2024 dalam kategori kepimpinan, kesukarelawanan dan kesukanan.

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna USAS pada 8 Mac lalu telah disempurnakan oleh Naib Canselor USAS, Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusof dan turut dihadiri oleh Dekan BHEP, Dr. Ahmad Zaki Hasan.
Ia merupakan pengiktirafan secara terus dan galakan kepada para pelajar yang telah mempamerkan kecemerlangan kepimpinan melalui penglibatan secara langsung dalam pembangunan sahsiah sekali gus menyumbang kepada penyerlahan potensi diri serta mengharumkan nama universiti samada di peringkat universiti, negeri ataupun kebangsaan.
Antara anugerah yang disampaikan termasuk Anugerah Atlet Lelaki & Perempuan terbaik, Tokoh Fasilitator Tahun 2023, Tokoh Sukarelawan Tahun 2023, Tokoh Kepimpinan Tahun 2023 dan Tokoh Mahasiswa Tahun 2023. Kontinjen USAS yang meraih Johan Keseluruhan dalam SUPTIM baru-baru ini turut mendapat pengiktirafan.