APRIL 2024 –Pada 2 April 2024 dan 3 April 2024, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Ramadan Jejak Asnaf yang bertujuan untuk memberikan keceriaan menyambut Aidilfitri kepada keluarga asnaf dalam daerah Kuala Kangsar. Program ini mendapat penyertaan daripada 60 orang orang sukarelawan yang terdiri daripada ahli Skuad Sukarelawan USAS.

Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan telah memasuki edisi yang ke-4 bagi tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah baik pulih rumah, mengecat, bergotong royong membersihkan kawasan rumah selain menyampaikan sumbangan kepada asnaf.

Terdapat 4 buah rumah asnaf yang dipilih iaitu 2 terletak di Kampung Sayong, 1 di Kampung Kati dan 1 di Kampung Jenalik, Sauk, Kuala Kangsar.

Aktiviti bermula pada jam 3.00 petang dan selesai pada jam 6.30 petang. Aktiviti diakhiri dengan majlis berbuka puasa bagi meraikan sukarelawan yang telah menyumbang bakti bergotong royong di rumah asnaf. Semoga sedikit usaha yang dilakukan oleh USAS mampu memberikan keseronokan kepada keluarga asnaf menyambut Aidilfitri.