SEPTEMBER 2024 – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) mengadakan Majlis Menandatangani ‘Letter of Intent’ bersama delegasi dari Tongnan District, Chongqing pada 11 September 2024. Majlis tersebut bermula pada jam 11.00 pagi dengan ketibaan delegasi dari Tongnan District, diikuti dengan sesi bergambar di lobi USAS.
Naib Canselor USAS, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof memberikan ucapan alu-aluan sebelum diteruskan dengan ucapan dari wakil Tongnan District. Upacara kemuncak menyaksikan penandatanganan perjanjian kerjasama yang berpotensi mengeratkan hubungan akademik dan penyelidikan antara kedua-dua pihak.