OKTOBER 2020 – Unit Latihan Industri dan Alumni USAS, satu unit baru di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, telah mengadakan lawatan penanda aras ke (Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim baru-baru ini.

Lawatan bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan mengenai pengurusan Latihan Industri serta menjalin hubungan dua hala di antara Unit Latihan Industri dan Alumni USAS dan PuLaMI.

Rombongan USAS seramai 8 orang diketuai oleh Dr. Salina Khalid daripada Unit Latihan Industri dan Alumni serta wakil daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat.

Peserta rombongan telah disambut oleh Pengarah PuLaMI Prof. Abdul Rahim Hamdan diikuti dengan sesi pembentangan dan perkongsian maklumat oleh Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Norasibah Abd Jalil (Bahagian Pengurusan Latihan Industri) dan Dr. Hishamuddin Ahmad (Bahagian Pengurusan Latihan Mengajar).

PuLaMI menyelaraskan urusan berkaitan Latihan Industri dan Latihan Mengajar melibatkan pelajar dari sembilan fakulti di UPSI dengan purata graduan seramai lebih kurang 9,000 orang setahun.