DISEMBER 2021 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah meraikan para graduan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-14 USAS pada 11 Disember 2021 bersamaan dengan 06 Jamadilawwal 1443 Hijrah.

Dengan perkenan Tuanku Canselor, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, tatacara perlaksanaan Istiadat Konvokesyen USAS pada tahun 2021 telah dipinda daripada secara bersemuka kepada secara maya.

Istiadat kali ini menyaksikan USAS berjaya melahirkan seramai 1,762 graduan iaitu tiga orang graduan Ijazah Doktor Falsafah, 34 graduan Ijazah Sarjana, 699 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 1,056 graduan Diploma.

Sehingga tahun 2021, USAS telah melahirkan seramai 8,828 alumni USAS dalam pelbagai bidang.