MAC 2022 Bagi mengukuhkan kerjasama adademik Universiti Sultan Azlan Shah bersama institusi pengajian tinggi yang lain, Naib Canselor USAS, YBhg. Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi telah menerima kunjungan daripada Kolej Universiti Islam Selangor bagi perbincangan kerjasama dua hala untuk membincangkan hubungan pendidikan antara kedua-dua institusi pengajian ini.

Delegasi daripada KUIS ini telah diketuai oleh Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Rektor Kolej Universiti Islam Selangor pada 11 Mac 2022 yang lalu.

Turut sama dalam perbincangan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar USAS, Prof. Madya Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusuf, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran & Kewangan, Prof. Madya Dr. Anas bin Md Yusuff serta ketua-ketua jabatan USAS.