OGOS 2023 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) telah mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-40 IIUM yang diraikan dengan penuh meriah.

Dalam majlis tersebut, Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah dinobatkan sebagai penerima anugerah IIUM Tokoh Alumni Award 2023 sebagai pengiktirafan atas sumbangannya yang cemerlang dalam bidang akademik dan masyarakat.

Anugerah ini diberikan setiap tahun kepada Alumni IIUM terkemuka yang menunjukkan pencapaian, keperibadian, dan sumbangan yang boleh dicontohi kepada kecemerlangan berterusan.

Tema Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-40 IIUM, iaitu “Celebration IIUM 40th Anniversary: Inspiring Khalifah for Rahmatan Lil Alamin,” memberikan makna yang mendalam kepada anugerah yang diberikan.

Kejayaan ini merupakan inspirasi yang besar untuk semua pelajar dan staf di USAS. Semoga anugerah ini menjadi titik tolak untuk mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan.