SEPTEMBER 2023 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menghantar 2 orang atlet menyertai pertandingan taekwondo terbuka Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 9-10 September 2023.

Bagi edisi ke 7 ini USAS berjaya membawa balik 2 pingat iaitu pingat emas bagi kategori “Heavy” (Qamarul Azim Bin Suhaimi) dan pingat gangsa bagi kategori “Fin” (Umar Abdul Aziz Bin Sabudin).

Semoga dengan kejayaan ini membolehkan ramai lagi atlet taekwondo USAS dilahirkan.