OKTOBER 2023 Pada 27 dan 28 Oktober 2023, Fasilitator Universiti Sultan Azlan Shah dengan jayanya telah menjalankan program Xavierz Unity Camp di MRSM Gerik. Program ini merupakan inisiatif yang bertujuan untuk membina keakraban di kalangan pelajar Tingkatan 5, sambil memberikan suntikan motivasi yang diperlukan sebelum menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program Xavierz Unity Camp ini memberikan peluang kepada pelajar-pelajar MRSM Gerik untuk berkumpul dan berinteraksi dalam suasana yang menyeronokkan dengan aktiviti menarik. Seramai 10 orang fasilitator yang terlibat telah bertungkus lumus untuk memastikan bahawa peserta dapat memperoleh pengalaman positif dan impak yang mendalam sepanjang program ini berlangsung.

Cikgu Aidil, seorang guru kaunseling di MRSM Gerik, menyatakan bahawa pihak sekolah sangat berbangga dan berpuas hati dengan semangat dan tenaga yang ditunjukkan oleh fasilitator sepanjang program. Beliau juga menghargai tahap profesionalisme fasilitator yang tinggi, yang patut dijadikan contoh kepada para pelajar.

Semoga para pelajar yang terlibat dapat mengaplikasikan nilai-nilai dan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan yang akan datang.