FEBRUARI 2024 Dalam semangat memperkukuhkan mutu pendidikan vokasional, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menyambut delegasi Majlis Ketua Jaminan Kualiti Kolej Vokasional Zon Perak dalam sebuah Lawatan Penanda Aras yang berlangsung pada hari Isnin, 19 Februari 2024.

Kunjungan ini merupakan salah satu inisiatif yang dirancang untuk mengeratkan kerjasama dan pertukaran pengetahuan antara institusi pendidikan tinggi dan kolej vokasional dalam bidang jaminan kualiti.

Kunjungan ini menyaksikan perbincangan mengenai beberapa aspek penting dalam jaminan kualiti, termasuklah struktur pengurusan, fungsi audit dalaman, pelaksanaan penjaminan kualiti, strategi penambahbaikan jaminan kualiti, serta pengelolaan dokumen dan fail.

USAS percaya bahawa melalui kerjasama yang erat, institusi pendidikan dapat bersama-sama mencapai standard kualiti pendidikan yang lebih tinggi, yang pada akhirnya akan memberi manfaat kepada masyarakat.