Buletin USAS

INFINITY MARKETER FPTM 1.0

Disember 2024 – Pelajar di bawah kursus Pemasaran dari Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) serta Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran) telah menyertai Program Infinity Marketer FPTM 1.0 yang diadakan di Kuala Lumpur. Program ini bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada pelajar dalam bidang pemasaran serta memperkenalkan mereka kepada dunia industri. Program dimulai dengan […]

Read more

I-NATION GLOBAL SUMMIT 2024

Disember 2024 – Seramai 4 orang pensyarah dan 6 orang pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Muda Industri Pertanian, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat telah menghadiri I-NATION Global Summit 2024. Program ini bertujuan untuk mempromosikan kolaborasi, inovasi, dan peningkatan dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) serta sekuriti makanan. Peserta berpeluang […]

Read more

MASISWA NETWORKING GAMES 2024

Disember 2024 – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) mencipta sejarah dengan meraih Tempat Kedua keseluruhan dalam MASISWA Networking Games 2024, mengalahkan 25 IPTS yang mengambil bahagian. USAS membawa pulang 3 pingat emas (bola petanque & golf), 1 pingat perak (golf), dan 2 pingat gangsa (bola petanque & bola tampar lelaki). Tahniah diucapkan kepada semua atlet […]

Read more

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH KE-17

November 2024 – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah mengadakan Istiadat Konvokesyen Ke-17 yang penuh bermakna, di mana seramai 1798 graduan dari pelbagai bidang berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan ijazah serta diploma. Antara penerima anugerah tertinggi, tujuh graduan telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 36 graduan menerima Ijazah Sarjana, 14 graduan memperoleh Diploma Pascasiswazah, manakala […]

Read more

MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI USAS 2024

November 2024 – Para graduan 2024 dan alumni Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) diraikan dalam Majlis Makan Malam sempena Istiadat Konvokesyen ke-17 yang berlangsung pada 22 November 2024. Majlis tahunan anjuran Persatuan Alumni USAS ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Zolkafly Harun, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak. Majlis ini […]

Read more

KARNIVAL FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (FPTM) USAS 2024

November 2024 – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menganjurkan Karnival Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM). Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dalam bidang pengurusan dan teknologi. Objektif utama karnival ini adalah untuk menghargai pencapaian pelajar, meningkatkan motivasi akademik, serta memperkuat hubungan antara fakulti, pelajar, dan staf akademik. […]

Read more

PERTANDINGAN PIDATO PERAK SEJAHTERA 2024

November 2024 – Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Roselind Nadera Binti Talib dari Fakulti Pengajian Islam, telah mencatatkan kejayaan membanggakan apabila berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Pidato Perak Sejahtera Piala YAB Menteri Besar Perak 2024. Beliau telah menewaskan 25 penyertaan lain yang terdiri daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Negeri Perak. Kejayaan […]

Read more

AICAD INVENTION, INNOVATION & DESIGN (AICAD IID 2024)

Oktober 2024 – Dua pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) berjaya membawa pingat dalam pertandingan AICAD Invention, Innovation & Design (AICAD IID 2024) yang diadakan baru-baru ini. Nur Alyaa Najwa Binti Abd Karim berjaya meraih pingat perak, manakala Suhailah Binti Akhyar membawa pulang pingat gangsa dalam kategori Reka Bentuk Grafik. Kedua-dua pelajar ini mengambil bahagian […]

Read more

PROGRAM NGOPI SISWA USAS DAN UPSI BERSAMA CIKGU SAARANI SERTA PENYERAHAN WAKALAH ANAK SYARIKAT YAYASAN PERAK

Oktober 2024 – Program Ngopi Siswa, yang melibatkan mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah diadakan pada 25 Oktober 2024 di Miker Avenue, Silveritage, Ipoh. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi secara santai dengan YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Saarani, […]

Read more

SEMINAR KAUNSELING DAN KESIHATAN MENTAL 2024 ANJURAN USAS DAN UKM

Oktober 2024 – Seminar Kaunseling, Kesihatan Mental dan Kolokium Pascasiswazah 2024 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya diadakan pada 21 dan 22 Oktober lalu. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dalam kalangan pelajar dan profesional. Majlis telah dimulakan dengan seminar yang bertemakan “Kehilangan Bukan Satu Pengakhiran” oleh […]

Read more
en_USEnglish

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.