NOVEMBER 2020 Persatuan Alumni USAS yang baru ditubuhkan dan mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysian (ROS) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Pertama baru-baru ini.

Mesyuarat yang dihadiri oleh 30 orang ahli telah berjaya melantik Pengerusi dan Jawatankuasa bagi sesi 2020/2021.

Pengerusi baru, Dr. Mohamad Sani Kamaruddin yang merupakan salah seorang daripada graduan Doktor Falsafah (PhD) USAS, dalam ucapannya berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh ahli dan menyeru semua para graduan lepasan USAS, KUISAS dan KISDAR untuk mendaftar sebagai ahli persatuan.

Selain daripada mengumpul dan meningkatkan ikatan ukhuwah dikalangan alumni, penubuhan Persatuan Alumni juga diharap dapat membantu universiti untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang dan kepakaran.