OKTOBER 2020 – Sejajar dengan matlamat negara bagi membentaras dadah, Program Temu Seru AADK Kuala Kangsar ft Skuad Sukarelawan USAS telah diadakan. Sukarelawan USAS dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kuala Kangsar telah berkongsi mengenai penyalahgunaan dadah kepada peniaga dan penduduk Kuala Kangsar di kawasan sekitar.