FEB 2021 – Majlis Perwakilan Mahasiswa USAS sesi 2019/2020 dengan rasminya telah dibubarkan dalam satu majlis ringkas pada 4 Feb 2021 untuk memberi laluan kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/22 yang akan dijalankan secara atas talian. Pembubaran telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof.

Namun, dalam majlis yang sama, barisan ahli MPM USAS sesi 2019/2020 juga dilantik sebagai ‘care taker’ atau jawatankuasa interim berkuatkuasa pada 5 Feb 2021 sehingga 15 September 2021.