FEBRUARI 2021 – Seramai 300 pelajar semester 1 bagi kemasukan Semester  II 2021/2022 telah mendaftar diri di kediaman pelajar pada Sabtu (20 Februari 2021).

Mereka terdiri daripada pelajar baru Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, peringkat diploma dan Ijazah.

Semua pelajar terlibat diwajibkan melapor diri dan menjalani kuarantin selama 10 hari di Pusat Pengasingan USAS sebelum memulakan sesi pembelajaran.

Sepanjang tempoh kuarantin, kos penginapan dan makan-minum pelajar disediakan oleh pihak universiti. Semua pelajar diwajibkan berada di Pusat Pengasingan USAS dan perlu mematuhi SOP  yang telah ditetapkan.

Sebelum ini pelajar yang bekeperluan telah dipanggil kembali ke kampus dan menjalani proses kuarantin selama 10 hari. Mereka, termasuk pelajar yang mempunyai masalah jaringan internet di rumah, pelajar asasi dan yang diwajibkan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka atau menjalani latihan amali di makmal.