MAC 2021 Program USAS Bridging Centre (UBC) ‘SPM Fast Track’ ialah satu program yang disediakan khas untuk pelajar-pelajar yang tidak berpeluang mengambil peperiksaan SPM di peringkat sekolah menengah. Sebagai contoh, pelajar lepasan tahfiz, pelajar ‘homeschooling’, dan sebagainya, berpeluang untuk menduduki peperiksaan SPM dalam masa 10 bulan sahaja di USAS.

Selari dengan Falsafah Pendidikan Negara ini, USAS mengambil langkah menyediakan kemudahan pendidikan dan membantu pelajar untuk meneruskan pegajian ke peringkat yang lebih tinggi.