OKTOBER 2021 Universiti Sultan Azlan Shah terus menganjurkan forum Bicara Mahasiswa secara maya dan forum pada kali ini membincangkan tajuk Pendidikan Tinggi Percuma.

Antara panel yang dijemput bagi mewakili suara mahasiswa ialah Wan Afiq Ikhwan bin Wan Alias, Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Aliff Aiman bin Rusli, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Interim serta Wan Akmal Nazirah binti Wan Ubaidillah, Yang Dipertua MPP Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, ahli panel lain ialah Norden bin Mohammad, Mantan Ketua Pengarang Sinar Harian serta Hj Jais bin Abdul Karim, Presiden Malaysia Corruption Watch.

Forum ini disiarkan selama dua jam, setiap hari Rabu, 2.30 petang hingga 4.30 petang melalui Facebook Rasmi Universiti Sultan Azlan Shah dan laman YouTube USASTV.