DISEMBER 2021 Pada 16 Disember 2021, delegasi kedutaan Republik Azerbaijan telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) .Delegasi ini dihadiri oleh H.E Mr. Irfan Davudov, Duta Besar Azerbaijan bersama Dr. Rafig Rustamov, Kaunselor Kedutaan Republik Azerbaijan. Kunjungan ini disambut oleh Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Nordin bin Kardi, Naib Canselor bersama Pengurusan Tertinggi, dekan-dekan dan ketua-ketua Jabatan USAS.