MEI 2022 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Sultan Azlan Shah 2022 telah berlangsung pada jam 3.00 petang di Dewan Serbaguna USAS.

Majlis ini dimeriahkan oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah USAS, ahli lembaga pengarah USAS Berhad, ketua-ketua jabatan Negeri Perak, ketua-ketua jabatan Daerah Kuala Kangsar, Ahli Dewan Undangan Negeri, wakil-wakil bank serta kakitangan USAS.

Terdapat pelbagai juadah menarik yang disediakan oleh setiap jabatan. Puan Sri Sabariah binti Mohd Shariff, Pengerusi Persatuan USASNITA turut menyampaikan Anugerah Selfie Terbaik Jabatan, Anugerah Pakaian Terbaik bagi Kategori Lelaki dan Wanita serta Anugerah Kiosk paling kreatif.

Terima kasih kepada semua para jemputan yang telah sudi hadir dan terima kasih juga kepada semua kakitangan serta warga USAS yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pada kali ini.