JANUARI 2023 Pengurusan Eksekutif Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) berbesar hati mengalu-alukan kunjungan hormat daripada Delegasi European Union Ke Malaysia (EU) pada 13 Januari 2023 ke kampus.

Delegasi ini diketuai oleh Mr Timo Goosmann, Timbalan Ketua Misi dan disertai bersama Ms. Virpi Kukkasniemi-Leino, Kaunselor/Pegawai Politik, Ms. Timea Magony, Pegawai Politik dan Encik Norman Goh, Pegawai Akhbar & Penerangan.