NOVEMBER 2022 Selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2018, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dengan kerjasama kerajaan negeri Perak kembali menganjurkan Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT2022) kali ke-6 pada 18 Oktober dengan tema ‘Berkongsi Nilai Kemanusian Kita’.
Penganjuran ini berlangsung di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh yang menampilkan beberapa tokoh antarabangsa dengan empat sub tema persidangan yang dibentang dan dibincangkan oleh panel-panel terkemuka dari dalam dan luar negara.
Persidangan ini merupakan platform bagi para pemikir serta masyarakat serantau dan antarabangsa untuk berinteraksi secara bebas serta bertukar idea dalam menangani isu yang melanda dunia ketika ini.
Majlis perasmian ini turut disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghrur-lah.