APRIL 2023 Pada 7 April 2023, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Azlan Shah menyampaikan surat watikah lantikan Naib Canselor yang telah mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Naib Canselor USAS tersebut turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah USAS Berhad, Ahli Lembaga Pengarah USAS, Pengurusan Eksekutif, Dekan-Dekan, Ketua-Ketua Jabatan serta kakitangan USAS.

Baginda tuanku telah perkenan melantik Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof sebagai Naib Canselor yang kelima berkuatkuasa 5 April 2023.