JUN 2023 Ketibaan Yang Berhormat Encik Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, merangkap Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Azlan Shah, telah disambut oleh pengurusan universiti dan perwakilan pelajar.

Kunjungan ini telah dijalankan dengan tujuan memperkenalkan kemajuan dan perkembangan terkini di Universiti Sultan Azlan Shah.

Sesi ramah mesra telah diadakan bersama pengurusan universiti, kakitangan dan perwakilan pelajar. Sesi ini membolehkan beliau mendengar pandangan, masalah, dan harapan mereka dalam konteks pendidikan dan pengajian tinggi.

Seterusnya lawatan turut diadakan ke Studio USAS TV, studio Fotografi, Makmal kaunseling, Makmal Landskap, Bilik Simulasi Mahkamah, Bilik Simulasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Makmal Kaunseling.