NOVEMBER 2023 Pada 17 November 2023, Skuad Sukarelawan USAS telah menyertai Hari Komuniti PLUS yang diadakan di Kampung Dendang Kering, Padang Rengas, Perak.

Program yang bertemakan ‘Memperkasakan Komuniti Selamat dan Lestari’ ini menggabungkan para sukarelawan yang terdiri daripada warga PLUS dan 20 orang Sukarelawan USAS. Program ini dijalankan di 25 lokasi terpilih serentak di seluruh Malaysia.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah baik pulih jalan kampung, membaiki jambatan dan mengecat masjid. Program selesai pada jam 12.30 tengah hari dan diakhiri dengan penyampaian sijil dan sesi fotografi.