NOVEMBER 2023 Pada 9 November 2023, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah dikunjungi institusi pengajian dari Thailand, Krirk Universiti, Bangkok. Krirk Universiti, merupakan salah sebuah universiti unggul di Negara Gajah Putih yang mendapat kedudukan pertama dalam senarai penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World Rankings 2023 bagi negara Thailand.

Kunjungan ini juga bertujuan mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dalam bidang akademik, pertukaran pelajar dan pensyarah serta kerjasama dalam bidang kajian.

Naib Presiden (Hubungan Antarabangsa) Universiti Krirk, Bangkok, Prof. Dr Jaran Maluleem mengetuai kunjungan Universiti Krirk ke USAS dan di sambut oleh Naib Canselor USAS, Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusof.

Pihak Universiti Krirk juga sempat meninjau fasiliti yang terdapat di USAS termasuk studio yang dilengkapi dengan bilik skrin hijau, makmal kaunseling, makmal landskap, dan bilik kuliah.