DISEMBER 2023 Istiadat konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-16 pada tahun ini menyaksikan satu sejarah baru dengan seramai 1,525 graduan menerima ijazah dan diploma dalam pelbagai bidang pengajian. Antara mereka, terdapat 12 graduan yang berjaya meraih Ijazah Doktor Falsafah, 34 Sarjana, 9 Diploma Pascasiswazah, 778 Ijazah Sarjana Muda, dan 692 lagi merupakan graduan diploma.

Salah satu detik paling bermakna dalam istiadat itu adalah ketika Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan turut berkenan menyampaikan Anugerah Tuanku Canselor kepada Mohamed Aiedil Putera Sulaiman, graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.

Istiadat konvokesyen ini turut menyaksikan pengurniaan watikah pelantikan sebagai Pro-Cancelor kepada Tan Sri Nordin bin Kardi.

Naib Cancelor USAS, Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, dalam ucapan sembahnya, turut mengungkapkan kebanggaan USAS kerana berjaya melahirkan empat graduan antarabangsa pertama daripada Ijazah Doktor Falsafah (PhD), iaitu tiga graduan dari Uganda dan seorang dari Thailand. Di samping itu, USAS juga memperoleh kehormatan dengan melahirkan graduan pertama dalam Ijazah Sarjana Pengurusan untuk Pembelajaran Jarak Jauh dalam Talian (ODL) serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Istiadat konvokesyen tahun ini pastinya akan diingati sebagai satu peristiwa bersejarah bagi USAS, yang terus menunjukkan prestasi dan komitmen mereka dalam menyumbang kepada dunia pendidikan.