FEBRUARI 2024  Tahun 2024 akan dikenang sebagai tahun bersejarah bagi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) kerana telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan di Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) 2024. Ini merupakan pencapaian luar biasa yang menandakan komitmen dan bakat yang ada dalam kalangan komuniti USAS dalam arena sukan.

Prestasi cemerlang ini adalah hasil usaha gigih atlit USAS, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pengurus Pasukan, Jurulatih dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyumbang ke arah kejayaan ini. Pengiktirafan ini bukan hanya tentang kemenangan, tetapi juga tentang semangat kesukanan, kerjasama pasukan, dan kegigihan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat.

USAS telah menunjukkan keunggulan dalam pelbagai sukan, membuktikan kepelbagaian bakat dan kemahiran yang ada dalam kalangan mahasiswa. Berikut adalah senarai pingat yang diperolehi oleh atlit USAS:

  • Bola Sepak : Emas
  • Bola Jaring : Emas
  • Futsal : Perak
  • Memanah : Perak
  • Badminton : Perak
  • Catur : Perak
  • Ping Pong : Gangsa

Diharapkan kejayaan ini akan terus menginspirasi seluruh komuniti USAS untuk berusaha dengan lebih gigih ke arah mencipta generasi yang bukan hanya cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam sukan.