MAC 2024 – Dalam upaya berterusan untuk membantu komuniti, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menunjukkan komitmen mereka terhadap pendidikan dan kesejahteraan pelajar-pelajar asnaf di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dengan sumbangan berjumlah RM10,000.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah Negeri BSN Perak, Tn Hj Mazlan bin Mat Jalil di Pejabat Naib Canselor USAS. Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban pelajar-pelajar asnaf yang sedang menuntut di sini.

Pihak USAS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bank Simpanan Nasional atas sumbangan ini.