MAC 2024 Pada 16 Mac 2024, Universiti Sultan Azlan Shah dikunjungi Menteri Pendidikan Tinggi, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir sebelum ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Kunjungan disambut oleh Naib Canselor Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusof dan beberapa pegawai Universiti Sultan Azlan Shah. Beliau juga menyatakan hasrat untuk kunjungi lagi secara rasmi mungkin dalam Program Jerayawara atau Semarak Kampus Madani nanti.