MAC 2024 – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menyertai kejohanan Masiswa Zon Utara yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mac 2024 di UMT TAR, Penang dengan penyertaan dalam dua acara yang memerlukan ketangkasan dan strategi iaitu ping pong dan catur.

Pasukan USAS telah menunjukkan prestasi dalam kedua-dua acara, dengan keputusan perlawanan seperti berikut:

Ping Pong (Berkumpulan): Tempat Keempat

Catur Kategori Perempuan: Tempat Ketiga

Catur Kategori Lelaki: Tempat Kelima

Kejohanan ini telah menyaksikan penyertaan dari 16 buah universiti zon utara, menandakan persaingan yang sengit dan tinggi. USAS sangat berbangga dapat bersaing dalam kalangan institusi ternama.