MAC 2024 Ramadan bukan sahaja merupakan bulan ibadah, tetapi juga bulan bagi umat Islam untuk menunjukkan kepedulian dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Oleh itu, Skuad Sukarelawan USAS (SSU) telah menyertai Program Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1445H anjuran Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar.

Seramai 10 orang sukarelawan terlibat dan telah membantu guru-guru dalam proses penyediaan bubur lambuk tersebut. Dengan kehadiran sukarelawan USAS, ini sekali lagi membuktikan semangat kebersamaan yang membanggakan dalam masyarakat tempatan.