MEI 2024 – Alhamdulillah, kejayaan para pensyarah Bachelor of Landscape Architecture dan AKADEMI SEKURITI MAKANAN USAS merangkul ‘Honours Award’ kategori penyelidikan melalui projek USAS Agriculture Laboratory (UAIL) pada Malaysia Landscape Architecture Awards 2024 telah diraikan pada Majlis Anugerah MLAA di Kuala Lumpur semalam. Anugerah membawa pulang trofi dan sijil itu disampaikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud. Ini merupakan pengiktirafan kedua bagi projek UAIL dan antara pencapaian tertinggi dalam bidang penyelidikan seni bina landskap di Malaysia.

Hasil penyelidikan tersebut turut diterbitkan dalam buku Landscape Architecture Malaysia Yearbook pada tahun ini.

Tambahan pula dua (2) hasil pelajar BLA USAS turut diterbitkan didalam Landscape Architecture Malaysia Yearbook. Meletakkan hasil kerja pelajar BLA USAS setanding dengan IPT lain di Malaysia. Tahniah kepada para pelajar yang menghantar penyertaan.

Semoga Pengiktirafan ini meletakkan USAS dipersada lebih tinggi dalam industri seni bina landskap dan Malaysia secara keseluruhan.