MEI 2024 – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menganjurkan majlis perlancaran Program Ijazah Sarjana Muda Takaful (Kepujian) di Auditorium USAS.

Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusof, Naib Canselor USAS, mengumumkan bahawa USAS merupakan antara universiti terawal di Malaysia yang menawarkan program ini serta telah memperoleh kelulusan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pengambilan pertama telah dibuka dan pengajian sepenuh masa selama tiga tahun ini akan dimulai pada bulan Julai ini.

Dalam majlis tersebut turut diadakan Ceramah Esksekutif oleh Dato’ Syed Moheeb bin Dato’ Syed Kamarulzaman, Presiden Chartered Institute of Islamic Finance serta sesi penyampaian jadiah bagi Pertandingan Menulis Artikel Majalah yang disertai oleh para pelajar dan pensyarah.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Encik Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Ketua Pegawai Pengedaran FWD Takaful Berhad.

Program ini diharapkan akan melahirkan generasi baru pakar takaful yang mampu menyumbang kepada perkembangan industri kewangan negara.