MEI 2024 –Syeikh Dr Jamal Faruq al-Daqqaq al-Azhari ialah seorang ulama al-Azhar yang terkenal di persada dunia. Beliau merupakan Mantan Dekan Kuliah Dakwah Islamiyyah Universiti Al-Azhar, dan juga merupakan antara rujukan ulama dalam bidang Aqidah dan Al-Qur’an.

Antara guru-guru beliau adalah: Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim, Syeikh al-Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, Habib Salim al-Syatiri, Syeikh Abdullah al-Talidi dan ramai lagi.

Beliau mengarang banyak kitab-kitab rujukan: Dirasat Nassiyyah fi al-Sirah al-Nabawiyyah, Bahsun Hawla Khuturat al-Takfir, Ta’liq ‘ala Syarh al-Quwaisni ala al-Sullam al-Munawraq dan sebagainya.