MEI 2024 – Universiti Sultan Azlan Shah telah menerima kunjungan rasmi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk sesi penilaian akreditasi program Sarjana Muda Industri Pertanian. Lawatan ini berlangsung selama dua hari, bermula dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Lawatan penilaian ini bertujuan untuk memastikan program akademik yang ditawarkan oleh USAS memenuhi piawaian dan kriteria yang ditetapkan oleh MQA. Antara pihak yang terlibat dalam sesi ini adalah barisan pensyarah program Sarjana Muda Industri Pertanian, Jabatan Kualiti USAS, Jabatan Sumber Manusia (HR), serta beberapa jabatan lain yang berkaitan.
Proses penilaian melibatkan sesi perbincangan, pembentangan dokumen, serta lawatan ke fasiliti universiti yang berkaitan dengan program tersebut. Keberhasilan lawatan ini adalah penting bagi memastikan program Sarjana Muda Industri Pertanian di USAS mendapat akreditasi penuh daripada MQA, yang akan memberi jaminan kualiti kepada para pelajar dan meningkatkan reputasi universiti.
Lawatan ini telah berjalan lancar dan semua maklum balas yang diberikan oleh pihak MQA akan dipenuhi bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di USAS.