JUN 2024 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk) dengan kerjasama Jabatan Syariah, Fakukti Pengajian Islam dan Sains Sosial (FPISS), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah mengadakan Bengkel Penulisan Jurnal al-Qanun Jilid 3/2024 pada hari Jumaat, 21 Jun 2024. Program selama sehari ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang tersebut telah diadakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak yang melibatkan semua para pegawai JKSPk dan lapan orang team editor daripada pihak Jabatan Syariah, FPISS, USAS.

Turut diadakan majlis penyerahan Jurnal al-Qanun Jilid 1 & 2 kepada Prof Dato’ Dr Wan Sabri Bin Wan Yusof, Naib Canselor USAS yang disempurnakan oleh YAA Dato’ Haji Abdul Rahman Thobroni Bin Haji Mansor, Ketua Hakim Syarie Negeri Perak.

Pertemuan ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan bagi kerjasama yang lebih erat antara USAS dan sekolah-sekolah di sekitar negeri Perak, serta menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan di peringkat tempatan.