JUN 2024 –Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menganjurkan pertemuan dua hala bersama wakil-wakil sekolah di sekitar Perak dalam usaha untuk meningkatkan hubungan antara USAS dan pihak sekolah.

Majlis yang dihadiri oleh para pengetua dan para kaunselor ini bertujuan untuk mewujudkan platform bagi pertukaran idea dan cadangan dari pihak sekolah kepada USAS untuk menjalankan pelbagai kerjasama yang berkaitan.

Turut hadir dalam majlis ini adalah dekan-dekan serta pensyarah USAS, yang turut menyumbangkan pandangan dan cadangan.

Pertemuan ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan bagi kerjasama yang lebih erat antara USAS dan sekolah-sekolah di sekitar negeri Perak, serta menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan di peringkat tempatan.