Ogos 2024 – Kemeriahan Majlis Penghargaan WCIT 2024 dirasai sepenuhnya pada 23 Ogos 2024 di Miker Signature, Medan Gopeng, Ipoh.  Acara yang dinantikan ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada jawatankuasa yang telah menunjukkan dedikasi dan kerja keras dalam menganjurkan Persidangan WCIT 2024, yang berlangsung dengan jayanya dari 29 hingga 31 Julai 2024.

Majlis ini juga memberikan penghargaan kepada para penaja WCIT 2024 melalui penyampaian cenderamata sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka, yang memainkan peranan penting dalam kejayaan persidangan ini.

Dalam ucapan penuh bermakna, Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), menegaskan betapa pentingnya peranan semua pihak dalam kejayaan program ini.

Dengan penghargaan ini, diharapkan agar semangat dan dedikasi yang ditunjukkan dapat terus memotivasi semua untuk terus menyumbang secara positif dalam acara-acara akan datang.