OGOS 2024 –Pencak Silat Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menyertai Malaysian Varsity International Silat Championship 2024 anjuran Pusat Sukan Tumpuan (PST) Silat KPT-UTHM dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia.

Kejohanan ini bermula 8 Ogos 2024 hingga 11 Ogos 2024 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan Penyertaan IPTA, IPTS Malaysia dan jemputan antarabangsa dari Indonesia serta Thailand.

Seramai 15 atlet telah menyertai kejohanan ini dan berjaya membawa pulang 2 pingat gangsa bagi Acara Silat Seni (Ganda Putri) Dan Silat Tanding (Kelas G 75-80).

Kejohanan ini merupakan pendedahan baru bagi Atlet Pencak Silat USAS menghadapi saingan yang lebih tinggi menghadapi pasukan dari berlainan negara dan antarabangsa.