OGOS 2024 – Siti Aishah binti Asmadi, pelajar program Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan telah dinobatkan sebagai Juara dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan kali ke-67.

Acara tersebut diadakan pada 31 Ogos 2024 bertempat di Kampung Sira, Lenggong, dan berlangsung dalam kategori Komuniti dan Universiti.

USAS menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Siti Aishah atas pencapaian ini.