OGOS 2024 – Program “Tanya Cikgu Saarani” telah diadakan dengan jayanya di Dewan Serbaguna USAS pada 12 Ogos 2024. Acara ini disertai oleh pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan murid-murid sekolah di sekitar daerah Kuala Kangsar.
Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan saluran komunikasi terbuka antara YAB Menteri Besar Perak dengan pelajar serta warga pendidik sekolah, sambil memberi pendedahan mengenai pelbagai inisiatif dan program kerajaan.