SEPTEMBER 2024 – Program Corporate Social Responsibility (CSR) yang dianjurkan oleh Maybank telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Hoki USAS. Bertemakan “Moving from Concept to Impact,”.
Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan ketibaan tetamu, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu korporat Maybank serta aktiviti senaman ringan. Selain itu, Maybank turut menyampaikan sumbangan kepada 30 orang pelajar USAS.
Acara gotong-royong bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari. Aktiviti ini termasuk mengecat pagar, menanam pokok, dan membersihkan kawasan masjid. Program ini jelas menunjukkan komitmen kedua-dua pihak dalam memupuk semangat kerjasama dan kepedulian sosial.